Semangat Patriotik Masyarakat Cina: Analisis Teori Relevans(Patriotic Sentiment of Chinese Community: A Relevance Theory Analysis)
Masyarakat Cina terkenal dangan sikap patriotik mereka. Namun semangat ini tidak ditunjukkan secara langsung. Makalah ini bertujuan untuk mengesan gambaran budaya masyarakat Cina yang boleh didapati dalam sajak Melayu. Teori yang diaplikasi ialah Teori Relevans (TR) yang dipelopori oleh Sperber dan Wilson (1986). Kajian ini ialah kajian kualitatif. Tiga sajak hasil penulisan Lim Swee Tin (LST), seorang penggiat sastera yang tersohor dianalisis. Baris-baris yang memaparkan semangat patriotik telah dikenal pasti daripada data korpus dan seterusnya dianalisis menggunakan TR. Dapatan kajian menunjukkan semangat patriotik yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina telah dikesan dalam sajak yang dihasilkan oleh LST ini. Kajian juga mendapati ada maklumat yang terselindung di sebalik baris-baris data yang dianalisis, di samping turut mengesan terdapatnya kaitan nilai serta budaya dalam masyarakat Cina. Akhirnya, kupasan data dengan aplikasi TR penting kerana hasil interpretasi yang diperoleh adalah lebih teoretikal, bersifat ilmiah dan sah dari segi kesahihannya. Hasil analisis bukan sahaja tidak akan dipertikaikan bahkan juga akan dapat menambahkan fakta, pemahaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam kalangan masyarakat Cina terutamanya dari segi budaya masyarakat Cina.Kata Kunci: Budaya Masyarakat Cina, Kesusasteraan Melayu, Lim Swee Tin, Sperber & Wilson, Teori Relevans.