QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan isi-isu kontemporari
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

5
(FIVE YEARS 5)

H-INDEX

0
(FIVE YEARS 0)

Published By Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

2636-9591, 2600-7657

2021 ◽  
Vol 4 (1) ◽  
pp. 47-66
Author(s):  
Abdul Razif Zaini ◽  
Yaakob Hasan ◽  
Muhammad Haron Husaini

Matlamat utama penyelidikan ini adalah menganalisis kata yang terdapat dalam surah al-Mulk dan mengenalpasti keperluan memahami kata Arab berfrekuensi tinggi dalam usaha menghayati makna ayat dalam al-Quran secara keseluruhannya. Kajian ini juga memberikan tumpuan langsung kepada usaha mengukur tahap kesepadanan kata dalam surah al-Mulk dengan senarai kata berfrekuensi tinggi al-Riyadh. Ia merupakan usaha memahami makna kata al-Quran berpandukan penguasaan senarai kata berfrekuensi tinggi yang perlu mendasari pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua/asing. Pembelajaran al-Quran dan penghayatan makna ayat-ayatnya samada di peringkat sekolah, universiti mahupun di peringkat pengajian umum sering berdepan isu pemahaman. Golongan terbabit dilapor tidak mampu memahami ayat yang dibaca mahupun dihafaz. Malah pelajar tahfiz juga berhadapan masalah yang sama dan terdapat dalam kalangan mereka menghafaz ayat tanpa menitikberatkan maksudnya.  Ia berpunca daripada penguasaan bahasa Arab yang lemah dan kosa kata yang terhad. Justeru, kajian yang dijalankan ini berbentuk eksplorasi dan perbandingan yang menggunakan kekerapan serta peratusan sebagai alat pengukuran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah kata yang terdapat dalam surah al-Mulk adalah 399 perkataan dan tahap kesepadanan antara senarai kata berfrekuensi tinggi al-Riyadh (1979) berada pada tahap tinggi iaitu  93%. Dapatan ini menjelaskan bahawa pembelajaran bahasa Arab yang disokong dengan pembelajaran kata berfrekuensi tinggi secara ekplisit mempunyai impak positif dalam memahami ayat al-Quran khususnya dalam surah al-Mulk. Dapatan ini mengukuhkan peranan senarai kata berfrekuensi tinggi dalam meningkatkan kefahaman kepada makna kata dalam al-Quran dengan lebih luas.                      


2021 ◽  
Vol 4 (1) ◽  
pp. 35-46
Author(s):  
Mujahid Ahmad Lutfi ◽  
Khairul Anuar Mohamad ◽  
Mohd Ikram Mohd Nawi ◽  
Muhammad Zaid Shamshul Kamar

The difference of qirāāt in the recitation of the Qur'an is a semantic and guide to the mufassirin in the process of interpreting the Qur'an. The process of tafsir al-Quran that has been done by the mufassirin certainly cannot be separated from the discussion about the difference of qirāāt, because its contained in the recitation of al-Quran itself. This paper discusses the role of qirāāt on the side of Imam al-Ṭabari in his tafsir Jāmi ’al Bayān’ An Ta’wīl Āyi al-Quran. This research was conducted  through  the text of the book based on surah al-Baqarah. The selection of this surah is significant because usually mufassirin  make surah al-Baqarah as catalyst and stand in their book, based on the fact that it is the longest surah in the Quran and it is at the beginning after surah al-Fātiḥah. The type of research in this study is a library study and a book text study that has been conducted on tafsir Jāmi ’al-Bayān. The results of the analysis found that Imam al-Ṭabari presented qirāāt as a guide and semantic to the tafsir of the Qur’an. His methodology is based on the criteria of his choices in qiraat used between mutawātirah and syadhdhah, attributing qiraat to those who recite it, the role of tawjīh al-qirāāt in tafsir, and his commentary on the qirāāt mentioned by him.


2021 ◽  
Vol 4 (1) ◽  
pp. 26-34
Author(s):  
Muhammad Zaid Shamshul Kamar ◽  
Muhammad Fairuz A.Adi ◽  
Shaharuddin Saad ◽  
Hanis Muhammad Radhi ◽  
Muhammad Zainol Arifin Md Tahir

The knowledge of qirāāt is a very important in Islamic studies. This discipline of knowledge is closely related to a variety of other disciplines of knowledge including fiqh. This paper aims to state the role of the science of qirāāt in influencing the production of hukm fiqh for the fuqaha. Also discussed are the definition of qirāāt and fiqh, the role of khilaf qirāāt in shaping the hukm fiqh, the role of qirāāt in improving the understanding of the verses of fiqh as well as qirāāt and its effect on fiqh. This writing is qualitative and historical in nature. The result of the study is to explain the implications of qirāāt on the provisions of the jurists in the production of hukm fiqh. Therefore, the study of the science of qirāāt and its interaction with the hukm of fiqh should be developed in order to ensure the sustainability of knowledge, especially related to qirāāt, ​​is always preserved.


2021 ◽  
Vol 4 (1) ◽  
pp. 1-14
Author(s):  
Mohamad Marzuqi Abdul Rahim ◽  
Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim ◽  
Abd Hadi Borham ◽  
Ashraf Ismail ◽  
Tengku Nur Tasnim Tengku Riduan

Perancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aspek yang sangat mustahak dalam pendidikan. Semua bidang pengajaran dan pembelajaran termasuk Tahfiz al-Quran dapat dijayakan melalui perancangan yang sesuai dan tepat. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi impak kepada penguasaan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz serta tahap penguasaan peserta kajian terhadap hafazan al-Quran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Seramai 335 orang responden dipilih secara rawak mudah daripada beberapa institusi tahfiz swasta dan kerajaan. Data kajian telah dikumpul menggunakan soal selidik.  dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai. Manakala analisis inferensi pula menggunakan Ujian Pekali Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati perancangan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya, berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.98, sp=0.43), Begitu juga dapatan kajian turut menunjukkan penguasaan hafazan pelajar berada di tahap interpretasi sederhana tinggi (min 3.83, sp=0.39). Sementara itu dapatan korelasi pearson secara keseluruhan menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sangat tinggi di antara pengurusan pengajaran dan pembelajaran guru tahfiz di dalam kelas hafazan dengan penguasaan hafazan pelajar dengan nilai (r=0.733, p<0.01). Implikasi kajian menunjukkan perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz sangat penting dalam menentukan tahap penguasaan hafazan pelajar. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz harus disusun dengan lebih sistematik terhadap aspek matlamat, masa, aktiviti PdP, bahan PdP dan perekodan agar ia memberikan impak yang maksimum kepada penguasaan hafazan pelajar. Kata Kunci:       Perancangan, pengajaran dan pembelajaran (PdP), Tahfiz, Penguasaan Hafazan, Sekolah tahfiz    


2021 ◽  
Vol 4 (1) ◽  
pp. 15-25
Author(s):  
Muhammad Fairuz A. Adi ◽  
Muhammad Zaid Shamsul Kamar ◽  
Shaharudin Saad

Nama-nama imam dalam kalangan qurrā’ sabcah merupakan tunjang utama penisbahan qiraat dalam karya-karya tafsir. Salah satu tafsir yang meraikan qurrā’ sabcah ialah tafsir yang dihasilkan oleh imam Ibn cAṭiyyah berjudul tafsir al-Muḥarrar al-Wajīz. Nukilan nama para qurrā’ sabcah mahupun casharah memenuhi ruang bicara qiraat dalam tafsir ini. Ibn cAṭiyyah dalam mukadimah tafsinya menyatakan qurra mutawairah terutamanya al-sabcah merupakan keutamaan beliau kerana mereka bacaan mereka diterima dan diredai. Persoalan yang timbul, adakah qiraat setiap wujūh al-qirā’āt yang dinisbahkan kepada qurrā’ sabcah ini selaras dengan qiraat yang direkodkan oleh ibn al-Jazari dalam kitab al-Nashr. Oleh itu, objektif kajian ini mengkaji dan menganalisis keselarasan penisbahan qiraat oleh ibn cAṭiyyah dengan ikhtiyar yang telah disusun oleh Ibn al-Jazari. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan bersumberkan Tafsir al-Muḥarrar al-Wajīz. Kajian ini memfokuskan kepada kategori qiraat yang ditulis dengan metode rasm mā fīhi qirā’atān. Hasil kajian mendapati terdapat lima penisbahan


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document