Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara kemahiran berfikir kritis dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam kalangan pelajar yang mengikuti program pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 109 orang pelajar tahun satu dan empat program Pendidikan Fizik terlibat dalam kajian ini iaitu 26 orang pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan. Julat umur pelajar adalah di antara 19 hingga 28 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA–A). Korelasi Pearson–r merupakan statistik utama yang digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat pertalian yang bererti antara kemahiran berfikir kritis dengan CPA pelajar pada aras .05. Kemahiran interpretasi merupakan aspek WGCTA yang bererti dalam meramal PNGK pelajar berbanding kemahiran membuat inferens, mengusul periksa andaian, membuat deduksi dan penilaian hujah. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat pertalian yang bererti di antara tahun pengajian dengan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar. Kata kunci: Kemahiran berfikir kritis; WGCTA; pelajar universiti; fizik; guru pelatih This study was conducted to determine the relationship between critical thinking skills and among students in the physics education program at the Universiti Teknologi Malaysia. A total of 109 students from year one and four from physics education program, which consists of 26 boys and 83 girls involved in the study. The age range of students involved was between 19 to 28 years. The instrument used in this study was the Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA–A). A Pearson correlation–r was the main statistics used in this study. Results showed that there was a significant relationship between critical thinking skills and CPA of students at the level of .05. Interpretation was significant in predicting student’s CPA as compared to other skills in WGCTA such as inference, recognition of assumptions, deduction, and evaluation of arguments. Next, the finding showed no significant relationship between years of study with the students’ critical thinking skills. Key words: Critical thinking; WGCTA; university students; physics; trainee teachers