The Efectiveness Of Interactive Multimedia Courseware In Developing Student’s Selfenlightening Level
Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis (FSSR), UiTM Shah Alam telah ditubuhkan berdasarkan misi pendidikan holistik. Namun, permasalahan utama dalam usaha mencapai misi pendidikan holistik ini ialah penerapan nilai spiritual dalam kalangan pelajar. Maka, tujuan kajian ini ialah untuk menawarkan pendekatan alternatif kepada amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dengan membangunkan, mengintegrasikan dan menilai keberkesanan interaktif multimedia courseware ke atas tahap pencerahan diri pelajar. Satu instrumen telah dibina untuk mengukur tahap pencerahan diri pelajar dan nilai alfanya ialah 0.93. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan mengunakan reka bentuk kajian eksperimental pretest dan (post–test). Seramai 101 pelajar ijazah pertama pada semester tiga telah dipilih sebagai populasi kajian kerana proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk hanya bermula pada semester ini dalam tempoh pengajian mereka di FSSR. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pembangunan pencerahan diri bagi kumpulan kawalan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan interaktif multimedia. Perbandingan di antara kumpulan eksperimen pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencerahan diri pelajar di antara kumpulan interaktif multimedia dan kumpulan kawalan, di mana min bagi kumpulan interaktif lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Dapatan ini membuktikan bahawa amalan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran seni lukis dan seni reka tidak mampu meningkatkan tahap pencerahan diri pelajar. Penggunaan teknologi interaktif multimedia telah dapat membangunkan kefahaman dan kepercayaan pelajar terhadap faktor–faktor pencerahan diri dengan lebih berkesan. Kata kunci: Pendidikan holistik; integrasi; pencerahan diri; spiritual; interaktif dalam multimedia The Faculty of Art and Design (FSSR), UiTM Shah Alam was formed based on a holistic education mission. However, the main problem occurred especially in inculcating spiritual values among arts and design students. Therefore, the purpose of this study is to offer an alternative approach to conventional practice in teaching and learning of art and design by developing, integrating and evaluating spiritual–development interactive multimedia courseware and study its’ impact on students self–enlightening level. In order to measure the effectiveness of this interactive multimedia courseware an instrument has been developed and the alpha value is 0.93. The quantitative research method of true experimental pretest–posttest design has been applied. The under–graduate arts and design students in semester three have been chosen as the population of study because the actual design process only begins during this semester of their study program at FSSR. 101 students have been involved in the study. A comparison between the experimental group and the control group shows that there was a significant difference in the self–enlightening level. The mean values for experimental group (interactive multimedia approach group) (4.18) are higher compared to the control group (3.94). This finding also indicates that current practice in arts and design education at the faculty was unable to improve self–enlightening level among art and design students. However, using the interactive multimedia technology can help develop self–enlightening level among them. Key words: Holistic education; integrated; self–enlightening; spiritual; interactive multimedia