Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menjadi kritikal dalam menentukan kredibiliti sesebuah universiti. Salah satu daripada konsep yang penting dalam proses dan aktiviti pengajaran ialah konsepsi pengajaran. Konsepsi pengajaran menjadi dasar dalam memotivasikan tindakan pensyarah semasa pengajaran dalam kelas dan juga di luar kelas. Konsepsi pengajaran seseorang pensyarah merupakan satu ‘model’ dalam mindanya berkenaan amalan, konteks dan tujuan mengajar yang mempengaruhi perancangan, membuat keputusan dan tindakan mereka. Persoalan yang dikaji dalam artikel ini ialah apakah konsepsi pengajaran dan persepsi persekitaran pengajaran pensyarah, serta bagaimanakah hubungan antara kedua–duanya. Seramai 313 orang pensyarah daripada Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi menggunakan soal selidik Lecturer’s Conception of Teaching and Learning dan Perception of Teaching Environment. Keputusan menunjukkan kebanyakan pensyarah lebih cenderung kepada konsepsi pengajaran orientasi memudahkan pembelajaran berbanding orientasi pemindahan ilmu pengetahuan, serta mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran pengajaran mereka. Kata kunci: Konsepsi pengajaran, persekitaran pengajaran The quality of teaching has become one of the important agenda for universities all over the world. Good and quality teaching are not only the responsibility of lecturers, but it is critical towards the quality of a university. One of the important concepts in the learning processes and activities is ‘teaching conceptions’. Teaching conceptions is fundamental in motivating lecturers’ actions during lectures and also outside class when interacting with students. Teaching conceptions is considered a ‘model’ in lecturers’ mind regarding their practise, contexts and motives in teaching that influence their actions, planning and decision making. This article discussed lecturers’ teaching conceptions, their perceptions towards their teaching environment and, the relationship between lecturers’ teaching conceptions and their teaching environment. A total of 313 Universiti Teknologi Malaysia lecturers were involved in the study. Data were collected using Lecturer’s Conception of Teaching and Learning and, Perception of Teaching Environment questionnaires. Result showed that majority of the lecturers are inclined towards the learning facilitation orientation compared to the knowledge transmission orientation of teaching conceptions and, have positive perceptions towards their teaching environment. Key words: Teaching conceptions; teaching environment